Monday 19 September 2011

Jenis masalah pendengaran

kalau ade sape2 yang ada masalah pendengaran ni..kenelah tahu jenis masalah ape yang dialami..sebab masalah pendengaran ni ada yang boleh dirawat..ade yang tak boleh di rawat..kalau yang tak boleh dirawat tu..kenela pakai alat bantu pendengaran ..




Ada tiga (3) jenis masalah pendengaran ni.. iaitu masalah konduktif, sensorineural dan campuran ..
  1. Masalah pendengaran konduktif  ni berlaku apabila ada masalah atau jangkitan pada telinga luar dan telinga tengah .
    Contoh masalah dan jangkitan yang boleh menyebabkan masalah pendengaran konduktif ialah ketiadaan lubang telinga (atresia), cuping telinga kecil atau tiada cuping telinga (mikrotia / anotia), sumbatan tahi telinga di salur telinga, jangkitan kuman pada salur telinga atau telinga tengah dan gegendang telinga bocor/pecah
  2. Masalah pendengaran sensorineural pulak berlaku apabila ada masalah atau jangkitan pada telinga dalam, tempat di mana koklea dan saraf pendengaran berada .
    Masalah ini tidak dapat dilihat secara fizikal (tiada rembesan nanah atau kecacatan fizikal) tetapi hanya dapat dikenalpasti melalui pemeriksaan pendengaran secara menyeluruh.
    Masalah ini tak dapat dirawat, kalau  masalah pendengaran konduktif masih boleh dirawat dengan pengambilan ubat atau pembedahan .
  3. Masalah pendengaran campuran pula berlaku apabila ada terdapat kedua-dua masalah pendengaran serentak iaitu masalah pendengaran konduktif dan sensorineural .
    Contohnya, seseorang yang mempunyai masalah pendengaran sensorineural juga mempunyai mampatan tahi telinga dikategorikan sebagai mempunyai masalah pendengaran campuran. Apa jua masalah yang berlaku di telinga luar/tengah beserta masalah di telinga dalam disebut sebagai masalah pendengaran campuran

Tak dengar ??

Untuk mendengar, semua bahagian telinga iaitu telinga luar, tengah dan dalam mesti berfungsi secara normal tanpa sebarang jangkitan atau abnormaliti. Kalau ada gangguan kat mana-mana bahagian, ini boleh menyebabkan seseorang mendapat masalah untuk mendengar dan kesan masalah ini bergantung kepada tahap keterukan masing-masing.




Tahap kecacatan pendengaran


NORMAL - Mengesan bunyi pada intensiti lebih daripada 25dB
RINGAN - Mula mengesan bunyi antara 25dB hingga 40dB
SEDERHANA - Mula mengesan antara 41dB hingga 70dB
TERUK - Mengesan pada intensiti 71dB hingga 90dB
SANGAT TERUK - Mengesan pada intensiti 90dB ke atas




Sunday 18 September 2011

Salam Kilala

Pertama kalinya saya 'create blog'..hihi.skrg sya ni tgah study PJJ UPSI KPM ..sem ni baru masuk sem 2..tugasan yg sya dpt utk course KPD3026 Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 2 ..'create blog' berkaitan dgn subjek ..sy pun terfikir utk create blog mengenai matapelajaran bagi murid khas yag sya ajr..iaitu murid-murid bermasalah pendengaran..atau bahasa lainnya murid pekak..
Masuk tahun ni..dah 8 tahun sya mengajar murid pendidikan khas matapelajaran 'sains'..(sejak posting)..macam2 cara sya guna nak bagi murid-murid sya faham tentang sains..kadang-kadang poning gak kepala nak bg diorg faham..masalahnya kod tangan utk sains ni dah la terhad..isi yg nak disampaikan bnyak..jd gambar-gambarn dan video la yg jadi perantaraan antara kami..ade yg faham tu fahamla..yg tak faham..buat2 faham la..hihi..so harap blog ni dpt menterjemahkan sedikit sebanyak hal-hal berkaitan sains dimataanak-anak murid ku..