Monday 19 September 2011

Jenis masalah pendengaran

kalau ade sape2 yang ada masalah pendengaran ni..kenelah tahu jenis masalah ape yang dialami..sebab masalah pendengaran ni ada yang boleh dirawat..ade yang tak boleh di rawat..kalau yang tak boleh dirawat tu..kenela pakai alat bantu pendengaran ..




Ada tiga (3) jenis masalah pendengaran ni.. iaitu masalah konduktif, sensorineural dan campuran ..
  1. Masalah pendengaran konduktif  ni berlaku apabila ada masalah atau jangkitan pada telinga luar dan telinga tengah .
    Contoh masalah dan jangkitan yang boleh menyebabkan masalah pendengaran konduktif ialah ketiadaan lubang telinga (atresia), cuping telinga kecil atau tiada cuping telinga (mikrotia / anotia), sumbatan tahi telinga di salur telinga, jangkitan kuman pada salur telinga atau telinga tengah dan gegendang telinga bocor/pecah
  2. Masalah pendengaran sensorineural pulak berlaku apabila ada masalah atau jangkitan pada telinga dalam, tempat di mana koklea dan saraf pendengaran berada .
    Masalah ini tidak dapat dilihat secara fizikal (tiada rembesan nanah atau kecacatan fizikal) tetapi hanya dapat dikenalpasti melalui pemeriksaan pendengaran secara menyeluruh.
    Masalah ini tak dapat dirawat, kalau  masalah pendengaran konduktif masih boleh dirawat dengan pengambilan ubat atau pembedahan .
  3. Masalah pendengaran campuran pula berlaku apabila ada terdapat kedua-dua masalah pendengaran serentak iaitu masalah pendengaran konduktif dan sensorineural .
    Contohnya, seseorang yang mempunyai masalah pendengaran sensorineural juga mempunyai mampatan tahi telinga dikategorikan sebagai mempunyai masalah pendengaran campuran. Apa jua masalah yang berlaku di telinga luar/tengah beserta masalah di telinga dalam disebut sebagai masalah pendengaran campuran

No comments:

Post a Comment